Milikilah Sekarang

Milikilah Sekarang

Saturday, 14 November 2015

TANAH 3.2 EKAR UNTUK DIJUAL DI KAMPUNG KUANTAN

* Lokasi: Tanjong Che Bahan, Kuala Selangor
* Mukim: Pasangan
* Status: Freehold Malay Reserved
* Luas: 1.4417 Hektar ( 3 ekar 2 rood 10.0000 pole)
* Kategori Tanah: Pertanian
* Harga: RM 425,000
* Kawasan kebun bersih
* Berhampiran jalan utama Kg. Kuantan

* 400 meter ke Masjid Kampung Kuantan
* Terletak berhampiran dgn Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kg. Kuantan


** Untuk maklumat lebih lanjut boleh call @ WhatsApp Lyn 017-690 8322











Thursday, 8 October 2015

FREEHOLD, LEASEHOLD DAN HAKMILIK SEMENTARA

Sedikit perkongsian ingin saya tulis di dalam artikel kali ini adalah mengenai jenis pegangan hartanah dan juga sedikit penjelasan tentang hakmilk yang menjadikan sesetengah orang sedikit keliru mengenainya. Antara yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai pegangan milikan bebas (freehold), pajakan (leasehold) dan juga apakah Hakmilik Sementara yang mana boleh jadi 'freehold mahupun 'leasehold'.

Apakah FREEHOLD dan apa pula LEASEHOLD?


1) FREEHOLD 

     Ataup pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hakmilik muktamad ('final title'), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN:

          i)  Geran: hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri
          ii) Geran Mukim: hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik  adalah seperti Geran Mukim 1234.

      Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234


2) LEASEHOLD

      Atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99 tahun. Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan melihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun. Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat? Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. 

       Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui / memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan. Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik. No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 - merujuk cara yang sama seperti Geran.

        Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus 'Pajakan' kerana ianya merupakan tanah yang 'diberimilik' oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal). 

        Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 sama akan mempunyai nilai yang lebi tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan. Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran / kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.


3) HAKMILIK SEMENTARA

        Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya. Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum  muktamad? Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234. Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada 'Hakmilik Sementara' manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) - Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) - Pejabat Tanah Daerah. Terdapat sebahagian mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan 'sementara' yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza. 

         Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunya jenis pegangan yang berbeza sama ada ianya pegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut. Walaupun Hakmilik Sementara ini bukanlah dokumen hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan. Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir / sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.

         Diharapkan sedikit penerangan ringkas mengenaik 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih belum jelas mengenainya. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila WhatsApp 017-690 8322 (Lyn)
       





Monday, 7 September 2015

TANAH LOT RM38K DI BUKIT KERAYONG (SOLD OUT!)

TANAH LOT PALING MURAH DI MERU !!!
DI BUKA UNTUK TEMPAHAN.
Lokasi: Jln Hj. Subari, Bukit Kerayong
Harga: RM 38,000
Saiz: 50' x 65'
Geran Kongsi
Lokasi Strategik:
* 20 minit ke Puncak Alam.
* 15 minit exit Jalan Besar Klang, Meru.
* 3 minit ke SK Bukit Kerayong & Sek Agama Bukit Kerayong.
* 5 minit ke Masjid At-Tohirah Bukit Kerayong.
* Tanah lot terletak di kawasan kampung yang ramai penduduk & banyak rumah.
* Jalan kampung baru dan cantik berturap tar.
** BERMINAT?? Tempah lot anda sekarang! Terhad 22 lot sahaja. Call @ WhatsApp Lyn 0176908322 untuk info lebih lanjut.




































TANAH LOT DI JALAN JASA, PARIT MAHANG (SOLD OUT !!)

LOKASI TERBAIK 300 METER DARI MASJID
RM 40,000 SAHAJA. LOT TERHAD!
* Lokasi: Jalan Jasa, Parit Mahang
* Geran Kongsi
* Harga: RM 40,000 (cash buyer)
* Saiz: 44' x 84'
LOKASI STRATEGIK:
* 2 minit ke Masjid Nurul Huda, Parit Mahang
* 7 minit ke Highway LATAR
* 15 minit ke Puncak Alam
* 20 minit ke Bandar Kuala Selangor
* 50 minit exit Jalan Duta
* 51 minit exit Rawang
*45 minit exit Shah Alam
* 10 minit ke Pekan Ijok
* Kawasan kampung yang cantik dan ramai penduduk.
* Berdekatan dengan sekolah, balairaya, masjid, surau dan kedai2 runcit.
*** TUNGGU APA LAGI?? TEMPAH LOT ANDA SEKARANG ! TERHAD 30 LOT. UNTUK SEBARANG INFO DAN PERTANYAAN WHATSAPP @ CALL LYN 0176908322.





SOLD !!


SOLD !!


SOLD !!




TANAH LOT RM34K DI JALAN MAKMUR, PARIT MAHANG (SOLD OUT!!)

* Lokasi: Jalan Makmur, Parit Mahang
* Geran Kongsi
* Harga: RM 34,000 (cash buyer)
* Saiz: 40' x 88'
LOKASI STRATEGIK:
* 5 minit ke Masjid Nurul Huda, Parit Mahang
* 7 minit ke Highway LATAR
* 15 minit ke Puncak Alam
* 20 minit ke Bandar Kuala Selangor
* 50 minit exit Jalan Duta
* 51 minit exit Rawang
*45 minit exit Shah Alam
* 10 minit ke Pekan Ijok
* Kawasan kampung yang cantik dan ramai penduduk.
* Berdekatan dengan sekolah, balairaya, masjid, surau dan kedai2 runcit.
*** TUNGGU APA LAGI??! TEMPAHLAH LOT ANDA SEKARANG ! UNTUK SEBARANG INFO DAN PERTANYAAN WHATSAPP @ CALL LYN 0176908322















Friday, 7 August 2015

TANAH UNTUK DIJUAL DI KAMPUNG BUKIT KUCHING

* Luas tanah: 1.0724 hektar (2 ekar 2 Rood 24.0000 Pole)
* Harga: RM 550,000
* Kategori tanah: Pertanian
* Kelebihan: 
   i) 10 minit untuk akses ke Highway LATAR.
   ii) 15 minit untuk ke Puncak Alam.
   iii) Berdekatan dgn kawasan sekolah SK. Dato' Maharaja Lela.
   iv) Kemudahan seperti balai raya, kedai-kedai runcit.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh Call / WhatsApp Lyn 017-6908322 










TANAH 5 EKAR UNTUK DIJUAL DI IJOK

* Lokasi: 7th mile Kepong Road
* Harga: RM 3,800,000
* Luas Lot: 2.085 hektar
* Kategori tanah: Pertanian (Malay reserved)
** 200 meter daripada jalan utama
** Berhampiran dengan kawasan perumahan Taman Seri Ijok dan Pekan Ijok
**Untuk maklumat lebih lanjut boleh call / whatsApp Lynn 017-6908322 atau contact personal fb HASLIN HADI & LYN AGEN HARTANAH












Wednesday, 10 June 2015

IJOK BERPOTENSI UNTUK MEMBANGUN

Meskipun Ijok terselindung di sebalik ladang-ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang, ia terletak di laluan penting jaringan jalan raya yang menghubungkan beberapa daerah utama di Selangor.


Dengan kedudukan strategik antara Sungai Buloh di selatan dan Kuala Selangor di utara serta terletak kira-kira 60 km ke barat laut bandaraya Shah Alam, Ijok merupakan laluan penting ke ketiga-tiga daerah ini.


Jika anda memandu laju, jangan terkejut sekiranya anda terlepas pekan kecil Ijok yang terletak di Simpang Tiga Ijok. Jika dulu, ia selalu mendapat jolokan `pekan koboi', tetapi di sebalik itu Ijok kini kawasan yang rancak membangun.




Pekan Ijok




Prasarana Yang Lengkap


Ijok yang terletak dalam daerah Kuala Selangor telah memiliki kesemua infrastruktur yang diperlukan. Sekolah, dewan orang ramai, klinik, balai polis, tempat beribadat malah kini ia turut menempatkan kawasan perindustrian baru iaitu Kawasan Perindustrian Ijok 3.


Sekolah Kebangsaan Ijok



Kemudahan masjid di Batu 8 Ijok


Dewan Orang Ramai Ijok



Hanya 5 minit untuk ke Lebuh Raya LATAR


Potensi serta lokasi Ijok yang strategik turut dikesan pemaju perumahan yang berlumba-lumba membangunkan pelbagai projek perumahan seperti di Saujana Utama, Berjuntai Bestari dan Saujana Ijok. Kini, banyak pemaju perumahan yang memajukan kawasan Ijok lantaran harga hartanah yang melonjak di utara Lembah Klang dan siapnya Lebuh Raya LATAR.


Simpang untuk ke Lebuh Raya LATAR yang dihubungkan ke bandar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam




Tempat-tempat pelancongan menarik di kawasan sekitar


Ijok terletak hanya beberapa kilometer daripada Kuala Selangor. Banyak tarikan menarik yang terdapat di Kuala Selangor menjadikan ia sebagai tumpuan pelancong sama ada dalam dan luar negara. Disebabkan itu, ia sekaligus menjadikan Ijok sebagai kawasan yang berbaloi untuk diduduki. 
Antara tempat- tempat menarik ialah:




1. Taman Alam Kuala Selangor
Taman Alam Kuala Selangor berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman Alam berkonsepkan Taman Burung, di mana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia.

2. Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Kampung Kuantan terkenal dengan kelip-kelip. Ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip yang bukan sahaja kepada pengunjung tempatan, malahan serata dunia.
Bayaran:
Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)
RM 50.00

3. Pantai Remis Sungai Sembilang
Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang, Jeram. Para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti memancing, mencari hidupan laut seperti kerang dan mentarang, bermain layang-layang dan melihat matahari terbenam.

4. Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784. Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.




5. Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor
Taman ini terletak di rezab Hutan Simpan Taman Alam serta kedudukannya bersebelahan dengan Bukit Malawati. Taman ini adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari hidupan ikan air tawar, kerana mempunyai sejumlah 1500 ekor ikan daripada 60 spesis ikan air tawar. Di Taman Ikan Air Tawar ini terdapat sebuah galeri yang dapat memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai hidupan air tawar, sejarah ikan air tawar di Kuala Selangor, konsep akuarium, jenis ikan dan peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan.

6. Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

7. Royal Kg. Kuantan Golf Club (RKKGC)
RKKGC menawarkan permainan golf yang sebenar kerana ia satu-satunya lapangan golf yang memerlukan pemain berjalan kaki. Terletak di daerah Kuala Selangor, kelab golf ini merupakan yang tertua di Selangor dan antara yang pertama dibina di negara. Dibina oleh peladang-peladang British  pada tahun 1910, lapangan sembilan lubang sejauh 2,771 meter par 35 ini telah menjalani pelbagai perubahan.

8. Homestay Sungai Sireh
Homestay Sungai Sireh menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semula jadi dengan kehijauan sawah padi dan deruan air sungai mengalir.
Penginapan di Homestay
2 Hari 1 Malam –      RM 100
3 Hari 2 Malam –      RM 200






Friday, 5 June 2015

LOKASI TANAH LOT

 



1) IJOK - TEPI JALAN BESAR






SAIZ: 45' x 70'
HARGA: RM 60,000




2) IJOK - JALAN HAJI EHSAN

SOLD OUT!!!





SAIZ: 45' x 70'
HARGA: RM 45,000



3) IJOK - PARIT MAHANG ( JALAN KENANGAN 1)


SOLD OUT !!!






SAIZ: 45' x 84'
HARGA: DARI RM 41,900 
PROMOTION: DISKAUN RM 5,000 UNTUK CASH BUYER